Open Tuition Sains (Tingkatan 5)
15 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026 (Khamis) telah diadakan Open Tuition Sains (Tingkatan 5) secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh dua orang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Open Tuition Sains ini adalah untuk membantu dan membimbing para pelajar untuk memahami konsep sains dengan lebih mudah. Selain itu juga, para pelajar turut diajar teknik-teknik untuk mengingati fakta sains dengan lebih mudah. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Sains ini.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Sains pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: